Wednesday 26 December 2012

Premium Beautiful (Q&A)


Assalamualaikum sayangss semua :)
 
Hari ini saya hendak berkongsi sedikit maklumat lanjut tentang Set Pakaian Dalam Pembentukan Badan Premium Beautiful ini buat anda-anda yang masih lagi blur... :)
Jom baca....
 
 

1.       Adakah pemakaian Premium Beautiful (set korset) akan mengganggu peredaran darah atau kesihatan?
= Tidak.  Pemakaiannya akan menggalakkan peredaran darahdan kadar metabolism badan.
Fabriknya daripada fabric semulajadi seperti fiber, nylon, tetron dan fabric yang disulam dengan far infrared ray mempunyai kuasa penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk kegunaan seharian.
 

2.       Adakah pemakaian Premium Beautiful (set korset) ini akan menyebabkan perubahan bentuk badan?
= Ia malah akan dapat menghasilkan kontur badan yang menarik jika dipakai untuk jangka masa yang panjang

3.       Adakah pemakaian Premium Beautiful (set korset) boleh membuatkan badan rasa panas?
= Pemakaian pada hari panas tidak akan rasa panas, malah merasa selesa di samping memiliki bentuk badan menarik.  Ini kerana pakaian ini dihasilkan melalui teknologi menggunakan fabric semulajadi yang mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap udara.

4.       Berapa lamakah untuk melihat hasil yang diinginkan?
= Bergantung jika dipakai dengan konsisten.  Untuk permulaan pada hari pertama hingga kelima, tempoh itu adalah tempoh penyesuaian.  Pemakai akan merasa sedikit ketat dan tidak selesa kerana lemak mula dialih untuk diseragamkan dengan sekata ke bahagian badan yang lain.  Selepas tempoh penyesuaian berlalu, pemakai akan berasa semakin selesa.


5.       Jika hendak memakai Premium Beautiful (set korset) selepas bersalin, bilakah waktu untuk mengambil ukuran?
=  Masa yang terbaik untuk mengambil ukuran sebelum membeli Premium Beautiful (set korset) adalah pada bulan ke-6 hingga ke-7 semasa mengandung.  Ini kerana ssselepas bersalin, walaupun bentuk badan belum pulih kepada bentuk asal,  saiz tubuh adalah lebih kurang sama dengan bentuk semasa mengandung 6-7 bulan.  Perbezaan ukuran tidak terlalu besar.
=  Jika sedang mengandung lebih daripada 8 bulan, ukuran badan yang sesuai hendaklah diambil selepas hari ke-3 bersalin.



6.       Jika hendak memakai Premium Beautiful (set korset) selepas bersalin, bilakah masa yang sesuai untuk memakai Premium Beautiful (set korset)?
=  Masa yang terbaik adalah dalam tempoh 6 bulan pertama selepas bersalin.  Kesan yang baik akan dirasakan lebih cepat, kembalikan kedudukan organ dalam rahim ke tempat asal dan lebih cepat memulihkan bentuk badan.
Sekiranya bersalin secara normal, set PB boleh dipakai selepas 7 hari ke 10 hari selepas bersalin.  Manakala bagi bersalin secara caesarean, set PB boleh dipakai kira-kira selepas 10 hari atau 14 hari selepas bersalin dengan syarat luka pembedahan telah sembuh.


7.       Perlukah Long Bra dipakai bersama-sama dengan Long Girdle dan Waist Nipper?
= Perlu. Ini kerana Long Bra dan Long Girdle adalah satu set pakaian dalam pembentukan badan.  Fungsinya adalah untuk menyelaraskan kontur-kontur di bahagian dada, pinggang, perut, pinggul, paha dan keseluruhan badan.
Jika memakai Waist Nipper (bengkung) sahaja, fungsinya adalah menyelaraskan kontur dada dan perut, serta menaikkan kedudukan dada, menghasilkan dada yang lebih berisi dan memperbaiki postur.
Waist Nipper ini akan memenuhi ruang di antara pemakaian Long Bra dan Long Girdle bagi membentuk pinggang yang ramping dan membetulkan postur badan.

*** Pemakaian Long Bra + Long Girdle + Waist Nipper pada masa yang sama akan dapat membentukkan kontur badan yang menarik (for an attractive shape!)

********************************************************************

 (Soft reminder: Saya menjual PB set ini dengan harapan untuk membantu kaum wanita di luar sana mendapatkan kembali bentuk badan yang sihat dan menarik buat tatapan suami yang sah, dan sebagai salah satu usaha kaum wanita menjaga kesihatan dalaman dan luaran diri kita.  Namun, saya tidak menggalakkan saudari-saudari *terutamanya yang Muslim* untuk mengenakan pakaian yang ketat dan sendat mahupun mendedahkan aurat sebagai medium untuk memperagakan bentuk tubuh yang telah langsing dan cantik buat tatapan umum, selain daripada yang berhak sahaja.  Saya menyampaikan pesan ini sekadar peringatan untuk diri saya sendiri dan peringatan bersama dan saya berharap semoga kejayaan pemakaian produk ini disalurkan untuk manfaat rumahtangga dan kesihatan diri semata-mata, bukan untuk melabur dosa. Harap maklum :)
 
Sila hubungi saya untuk mendapatkan set PB anda pada harga superb masih berbaki sehingga 31 Dis 2012 ini sahaja!!!!
sms/whatsapp 017-8078790
 
Cheers.

Friday 21 December 2012

Banjir!

Salam Sabtu :)


Promosi harga durian runtuh Premium Beautiful sedang bermula ya......
Jangan lupa sms/whatsapp saya di
017-8078790 untuk respon pantas :)



Arini tiba-tiba hujan yang sangat lebat turun di tengahari.....


Tengok tu.... Rumah dah banjir!
(nasib baik ayahku yg wise telah mendirikan penghalang di antara pintu dan ruang luar rumah, syukur air banjir kilat yang 'ewww kotor' tu tak masuk ke dalam rumah......





Thursday 20 December 2012

Whatsapp yang sungguh bertuah!


Salam Jumaat everybody....

Dukacita ingin saya maklumkan bahawa Whatsapp Service di telefon bimbit saya telah bertembung dengan suatu masalah yang tidak dapat saya selesaikan....
Pendek katanya, whatsapp saya tak dapat diretrieve, dibaca apatah lagi dibalas.... (dia sudah sengal)

Dengan itu saya meminta jasa baik tuan puan yg sweet untuk hantar SMS direct kepada saya ataupun emel saya secara terus untuk respon segera....


Jangan lupa, promosi Harga Runtuh Premium Beautiful bersama saya bakal menjelma dalam beberapa jam saja lagi.... Bermula Sabtu, 22-12-2012 dan berakhir pada hari Isnin 31-12-2013 depan....

Maka, cepat cepat grab set PB anda pada harga superb dalam tempoh berkenaan....
Dan jangan tangguh-tangguh kerana STOK TERHAD!!!!

:)

Mohon berbanyak2 maaf jika ada sesiapa yang telah menghantar mesej via whatsapp ya.


SMS terus ke 017-8078790
Atau
Email ke annnum80@yahoo.com



UPDATE PADA 22/12/2012:
Alhamdulillah whatsapp saya sudah kembali sembuh.... Hoyeay!
Okeh, boleh whatsapp saya sudaa...

Tuesday 18 December 2012

Pengakuan Ikhlas Pengguna PB

Assalamualaikum...
 
 
(tajuk tu, macam seram je!) hehehe.
 
Tapi bukannya nak bagi cerita seram pun sebenarnya, sekadar nak share TESTIMONI ikhlas daripada insan-insan bertuah memiliki set Premium Beautiful dan memakainya... :)
 
 
 
 
Dimulakan dengan testimonial seorang ibu muda VOUGE yang telah memiliki 4 cahayamata comel-comel. Beliau membeli set PB beliau selepas 3 bulan bersalin puteri bongsunya....
 
 
(Translation)
Soalan : Masih konsisten pakai pb corset? Macam mana ada perubahan tak nak share?
Jawapan : Wkslm... ada... underbust saya dari 90cm (kurang 3cm) = 87 cm...
waist 92cm (kurang 6cm) = 86cm...
Hip 110cm (kurang 7cm) = 103 cm....
Bust je tak berubah..
Suami saya memang cakap saya nampak perubahan.
Saya ukur ni tanpa pakai pb.
Syukur kak... berat pun dah 67.6kg..
hati berbunga-bunga.... ringan je rasa badan memakai....
 
(testimoni di atas diperoleh selepas beliau memakainya secara konsisten TAK SAMPAI sebulan)
sambil mematuhi aturan yang lain contohnya consume banyak air masak....
 
*************************************
 
 
Yang ni pulak, testi selepas SEMINGGU lebih ibu vouge ni memakainya...
Punyalah surprise pasal baru seminggu beliau dah bagi testimoni, bikin saye teruja betul!
 
 
 
(Perbandingan)
Ukuran asal : 1. 99cm (kurang 2cm) = 97cm
2. 85cm (kurang 1cm) = 84cm
3. 89cm (kurang 2cm) = 87cm
4. 118 cm (belum berkurang).
Okay, belum sampai 2 minggu pakai ok, syukur telah ada perubahan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit..
 
She has some special conditions namun atas semangat kental dan niat yang ikhlas memakai PB,
beliau dah dapat perubahan dalam masa yang sangat singkat  nih...
Beliau pernah melalui TIGA pembedahan caeserean dan yang pasti, parut dan lemak di bahagian berkenaan agak tepu selepas beberapa tahun....
Namun ALHAMDULILLAH, kita pun tumpang gembira jugak melihat testimoni beliau.... :)
 
************************************
 
 
 
(Translation)
"Alhamdulillah.... dalam 2 , 3 hari ni selalu je pakai baju enam tujuh tahun yang lepas...
Ingat tak muat rupa-rupanya..... boleh pakai malah longgar pulak.....
wow... usaha semakin menampakkan hasil.....
 
**********************************************
 
Nak share testi kawan sekampus dulu jugak:
 
 
 
 
**********************************************
 
 
Oh ya! satu lagi sharing.... hilang parut lepas bersalin....
 
 
(Translation)
Ok... kak... ada sharing lagi kak...
Saya perasan... yang hitam lepas beranak di perut tu dah hilang.....
dah ikut warna kulit saya sendiri dah....
tinggal kerut tu je lagi....
 
 
***********************************************
 
Status beliau kat FB membuat hati tergaru-garu nak tau.. Tanpa saya tanya lebih banyak, beliau sendiri hantar inbox untuk share dengan saya.....
 

 
(Translation)
A : Slm kak.. Saya tadi macam tak percaya....
selalunya kalau baju kurung moden beli saya pakai (saiz) 46.... ada pattern bolehla (saiz) 44...
Tadi saya berkenan kat satu kebaya.... dahla kebaya.... saya muat saiz 42 kak....
mahal walaupun mahal, terus saya beli....
nanti saya post saya pakai baju tu ngan akak....
mode: syukur & happy....
N : aaaaaa??? wow
Happy berganda-ganda eh
A : Betul.... iya... seronok betul saya....
alhamdulillah.... tqvm kak....
tak rugi spend mahal tapi berbaloi pb ni.....


******************************************

Okeh...
tak larat dah nak upload bebanyak....
ada juga yang saya dapat feedback secara lisan sahaja, maka tak ada print screen boleh share...

Antaranya:
- sakit belakang berkurangan
- badan jadi ringan dan senang bergerak (yang bekerja di dalam site... kena gerak naik tangga turun tangga di plant)
- badan rasa kemas, tegap

:)

Testimonial di atas bukanlah sebagai hujah untuk mengatakan bahawa Premium Beautiful boleh merawat segala penyakit menggantikan rawatan professional mahupun rawatan lain secara ubat-ubatan, supplemen mahupun pembedahan dsb...
Tapi di antara pengalaman ramai-ramai pengguna yang berpuas hati dengan benefit yang diperoleh dari pemakaian konsisten PB, mereka berkongsi kebaikannya dan kita menyebarkan sekali lagi apa yang bermanfaat untuk diri kita ya.... (menyampaikan kebaikan tak salah kan?)
:)

Jadi, jangan seram lagi okeh?!



Jangan lupaaa:
 
PROMOSI HEBAT PREMIUM BEAUTIFUL pada HARGA DURIAN RUNTUH
bermula Sabtu ini 22 Disember 2012 sehingga 31 Disember 2012 sahaja!


pm / sms / whatsapp 017-8078790

GRAB YOUR OWN SET a.s.a.p!!!!


Take care dear all.....

Monday 17 December 2012

Promosi Harga Durian Runtuh Premium Beautiful Full Set

Assalamualaikum dear all...
 
 
Sekarang musim durian la kan....
jalan sana nampak durian, jalan sini pun nampak durian...
Sampaikan hari-hari pun nampak muka durian tu ada je kat rumah..heheh
Tapi nak hadam durian tetiap hari pulak saya tak boleh, sebab sekarang mode kena kawal pemakanan manis-manis..... bahaya untuk little precious dan diri saya sendiri alamak!
 
 
 
 
 
Aiseh.
Mentang-mentangle musim durian kan, tengok tu tajuk pun manipulasi durian jugak yek.
Tapi takpe takpe.
Sape tak suka makan durian, boleh makan tempoyak.
Tak pandai makan tempoyak, boleh try Durian Crepe yang sekarang ni tengah menjadi satu fenomena.. Eceh. Haha. Sedappppp...
 
 
 
Back to the main point:
 
Dengan ini, SUKACITANYA saya membuka tawaran pembelian Premium Beautiful
pada harga DURIAN RUNTUH
sepanjang 10 HARI sahaja,
bermula 22 DISEMBER 2012 dan 
berakhir pada 31 DISEMBER 2012....
 
 
 
Tawaran seruntuh ini belum pernah saya  adakan lagi, dan sesiapa yang berminat anggaplah diri-diri anda BERTUAH kerana menemui promosi ini yang hanya akan berlangsung selama 10 hari saja bermula Sabtu ini...
 
 
Jeng-jeng-jeng!!!!
 
ehem ehem.... masuk majalah PAMA ni dah lama dah. Dah macam-macam artikel jugak dah keluar pasal Premium Beautiful ni..... tapi point saya ialah, intai-intai sikit kat pic kat atas untuk dapat gambaran sesuatu yang anda bakal soal saya sebagai soalan pertama...
 
hehehehehee (ehh gelak jahat ye)
 
 
 
 
Apa yang anda akan dapat daripada Promosi Durian Runtuh saya ini???
 
 
1 Long Bra
1 Waist Nipper
1 Long Girdle
Hadiah Percuma
Penghantaran Percuma
Perundingan/Guidance Percuma
*******
pada HARGA DURIAN RUNTUH
untuk TEMPOH 10 HARI SAHAJA
(22-12-12 hingga 31-12-12)
 
Dan....
 
 
 
Apa yang paling mustahak adalah:
 
Tawaran ini TERHAD 3 SET sahaja!!!!
..... bermakna hanya yang betul-betul grab cepat dan bertuah saja dapat tawaran harga paling runtuh ini..... woooo
 
 
 
 
Nak tau promosinya berapa??
Sms/whatsapps 017-8078790 (anum)
 
 
 
* Hanya dengan pembelian tunai *

Thursday 29 November 2012

Macam mana nak tau saiz PB untuk diri saya?

Assalam....

Biasanya soalan pertama yang akan ditanya oleh para client saya yang hendak memiliki set Premium Beautiful adalah....


"berapa harganya?"


Baiklah, itu memang soalan yang biasa kan. Ini jawapannya ya :)


1. LANGKAH PERTAMA

-First of all, uols kena beri saya saiz yang sesuai kepada saya... Caranya adalah dengan mengambil ukuran tubuh badan yang TERKINI berdasarkan foto cara ambil ukuran di bawah. Ambil ukuran badan anda menggunakan measuring tape seperti tailor pakai tu ok. Bukan dengan memberikan info "saya badan besar", "saya jenis saiz kecik", "saya 38-35-40", atau lain-lainnya. Supaya saya mendapat saiz yang betul daripada anda, barulah dapat menentukan apakah saiz yang berteptn untuk set PB anda. Untuk keselesaan badan dan melihat kesan kesihatan yang baik, anda perlu memakai set yang sesuai buat ukuran anda (ngam-ngam gitu, bak kata orang Sarawak)...

Nanti kalau terlampau ketat/longgar siapa jugak yang susah kan.... Kita mahu pembelian kita adalah berbaloi untuk menghargai tubuh kita yang istimewa ni :)

ATAU;

Anda boleh memilih untuk saya ambil ukuran dan fitting percuma. Manalah tahu, anda tidak mempunyai measuring tape di tempat anda, ataupun anda kurang pasti bagaimana caranya? :)


2. LANGKAH KEDUA
-Selepas saya memperoleh ukuran anda, barulah saiz yang sesuai dapat ditentukan melalui jadual saiz. Ada pengiraan khas perlu dilakukan di sini (tapi jangan bimbang itu bukan kerja anda haha). Setelah itu, saiz long bra+waist nipper+long girdle yang sesuai untuk anda akan dikenalpasti. Ukuran yang anda berikan tadi adalah sebagai tools untuk mengira saiz set anda :)


3. LANGKAH KETIGA
Barulah dari saiz yang telah dikenalpasti kami dapat merujuk harga yang betul untuk anda.... Jadi, jangan lepaskan peluang ya apabila TAWARAN HARGA ISTIMEWA dibuka kerana pada masa itulah anda bakal memperoleh harga diskaun diskaun diskaun berbanding harga asalnya.......


Ok. Sila ambil ukuran anda mengikut foto di bawah, dan hubungi saya! :)

Enjoice.



Wednesday 28 November 2012

Khas untuk ibu yg baru melahirkan!

Panggilan istimewa untuk anda-anda yang istimewa :)


Dengan pembelian satu set Premium Beautiful untuk diri anda, anda layak:

- dapat harga super istimewa (complete 1 set) bagi pembelian cash
- dapat harga rendah (complete 1 set) bagi pembelian ansuran
- hadiah percuma (tak kiralah pembelian tunai atau ansuran)
- konsultasi, guidance dan penghantaran percuma


Bagaimana nak grab special offer ni?
- emel kepada saya details anda, beserta tarikh bersalin anda, dan 1 foto si comel anda....(sebagai bukti anda adalah ibu ibu istimewa yang saya maksudkan)
- nanti saya akan sediakan konsultasi tentang cara ukuran, harga asal dan kemudian harga istimewa yang saya tawarkan kepada anda melalui tawaran ini :)


Cara nak bayar macam mana ya?

Ohh senang saja dear...
Ada pelbagai pilihan anda boleh pilih. Tapi semestinya pembelian yang paling berbaloi adalah melalui pembelian cash sebab anda akan mendapat tawaran yang paling best!

Caranya:

1. Tunai

- melayakkan anda mendapat tawaran teristimewa harga runtuh :)
- jika anda mempunyai nilai tunai yang secukupnya di dalam tangan, pembayaran adalah mudah. Sama ada secara COD (cash-on-delivery) mahupun bank in ke dalam account sebagai pembayaran tunai.
- jika anda berkenan hendak mendapatkan tawaran dengan harga tunai TETAPI malangnya dalam poket modal belum mencukupi, ada cara lain yang lebih mudah.
Caranya adalah dengan mendapatkan cash secukupnya melalui bank menerusi kemudahan RHB-Easy. Sangat mudah; hanya perlu bawa MyKad anda ke Kiosk RHB Easy berdekatan anda, berjumpa dengan pegawai bertugas dan nyatakan jumlah tunai yang anda perlu pinjam. Untuk membayarnya kembali, juga mudah. Bayar kepada bank secara ansuran pada jumlah yang kecil setiap bulan, bergantung berapa lama yang anda mahu....

Bayar set anda kepada saya pada harga istimewa, dapatkan set anda, tapi bayar kemudian secara ansuran...
Mudah kan?

(Ada juga pilihan lain melalui AEON cash kan?)



2. Kad kredit

- Anda juga boleh melakukan pembelian melalui Kad Kredit. Saya akan berikan anda satu borang pembayaran melalui Kad Kredit, anda lengkapkan dan borang itu dihantar ke HQ syarikat, setelah syarikat mendapat pengesahan dari bank barulah potongan pembayaran dibuat.. Kemudian proses penghantaran produk akan dilakukan..


3. Ansuran

- Anda berurusan terus dengan saya, hantar salinan MyKad depan belakang dan isi satu borang  perjanjian.
- Setelah membayar deposit/bayaran pertama, anda sudah boleh menerima set daripada saya dan merasai terus pengalaman berPremium Beautiful.
Nikmati manfaat langsung daripada pemakaian PB sambil melunaskan pembayaran baki jumlah harganya melalui transaksi bank.

Walau bagaimanapun, anda tidak berpeluang menikmati harga istimewa seperti yang ditawarkan pada pembeli tunai :) Namun begitu anda berhak mendapat hadiah percuma juga :)


Jelas, kan?



Tawaran yang super istimewa ini saya buka sehingga 31-12-2012 ya...
Jadi, dapatkan set anda segera!

Emel: annnum80@yahoo.com
ATAU
Sms/whatsapp: 017-8078790

Friday 23 November 2012

Testimonial pengguna Nurich Lactolite

Hi all!


Mari mari mari kita lihat testimonial daripada para pengguna minuman Nurich Lactolite yang telahpun berpuas hati dengan keberkesanan produk makanan selamat ini ya :)



Oh ya.. Sebelum tu jangan lupa tawaran istimewa bulan ini...



Beli

1 kotak pada harga RM152 (harga asal RM158)
mengandungi 25 sachets

- 2 kotak pada harga RM300 (harga asal RM316)
mengandungi 50 sachets

ATAU

- TRIAL PACK pada harga RM35 sahaja
(mengandungi 5 sachet)






SMS/whatsapp me 017-8078790 (anum)




Ok ok, now boleh layan gambar :)



(Foto 1 & 2)
Credit to: http://mohamedariffsamsudin.blogspot.com

(Foto 3)
Credit to: http://azlinaawandanhusain.com






Atasi Masalah Sembelit Anda Cara Enjoy!

Salam Muharam 1433H :)
 
Lama tak bersiaran, maaf ye sebab terdapat masalah teknikal sedikit, sampai blog ni tak dapat dibukak dan di-update :(
 
Baiklah, arini kita sembang sikit je tentang masalah sembelit....
 
 
Anda pernah mengalami masalah sembelit tak?
Atau memang tergolong kategori hari-hari susah nak membuang....
Ke, membuang 3 hari sekali, paling teruk seminggu sekali baru dapat berkumuh....
ATAU
Anda tidak mempunyai masalah dengan jadual/kekerapan membuang, cuma
Hasil buangan TERLALU KERAS?
 
Tsk...tsk...tsk...
Tentu perasaannya sungguh tak best.
Kalau dikurniakan sistem pencernaan yang sihat dan lancar membuang setiap hari,
tentu perasaan tu lebih lapang dan gembira je.
Kenapa tidak?
Sebab, apabila kita membuang secara langsung kita singkir toksin dalam badan...
Kita buang bahan kumuh yang sememangnya perlu dikeluarkan dari tubuh badan....
Dan seperti yang kita tau, jika usus kita bermasalah, tidak sihat,
segala kesannya akan dapat kita lihat dari kulit kita, dan status kesihatan kita....
 
 
Memetik artikel terdapat di laman web Global Healing Center, kesan-kesan yang zahir akibat masalah sembelit antaranya adalah:
# Nafas berbau.
Ini kerana bahan buangan toksik terperangkap di dalam badan, lantas mengeluarkan gas ke dalam rongga perut ~~~> sehingga gas-gas ini naik ke rongga mulut. Sebab itu mulut kita akan mengeluarkan nafas berbau.
# Masalah kulit
Ekoran tahap toksin yang tinggi di dalam kolon (salah satu bahagian usus besar kita).
# Penyakit sistem pencernaan ~~~> keadaan tidak selesa / kesakitan.
Usus Tersumbat.  Dikesan melalui sakit perut dan muntah-muntah.
Cirit-birit
 
 
Bagi yang sedia ada mengalami masalah sembelit, rasa-rasanya salah satu simptom di atas tentu anda alami. Baiklah, terus kepada cara penyelesaian yang boleh kita amalkan untuk mengatasi / melegakan masalah ini adalah:
 
1. Minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Adalah digalakkan untuk mengambil lagi banyak dari kuantiti ini.
2. Makan banyak buah-buahan dan makanan berserat (fiber) tidak dilupakan sayur-sayuran, setiap kali makan jangan lupa tu..
3. Bersenam lebih kerap, untuk menggalakkan peristalsis (pergerakan pada usus) untuk menggalakan proses pembuangan.
4. Pengambilan ubat laxative (julap) sama ada ubat yang dimakan mahupun jenis dimasukkan melalui dubur (suppository).. Terdapat juga herba yang diambil untuk mendapatkan kesan julap demi membantu melawaskan proses membuang...
 
Walau bagaimanapun, anda kini mempunyai pilihan yang lebih mudah dan menyenangkan untuk menggalakkan kesihatan usus anda.
 
 
Mari kita berkenalan dengan

NURICH LACTO-LITE Yogurt Drink

 
Apa istimewanya minuman Lactolite ni ye?
= Lacto-lite ini adalah sejenis minuman serbuk yogurt, dengan menggabungkan kultur hidup dan inulin.
Ia mengandungi kebaikan kedua elemen kultur hidup dan inulin yang menjamin kesihatan sistem penghadaman anda.
Ia juga adalah sinbiotik yang menggabungkan probiotik dan prebiotik, di mana probiotik adalah bakteria baik di dalam usus yang penting untuk kesihatan usus kita, manakala prebiotik pula adalah makanan yang diperlukan oleh probiotik untuk berkembang dan berfungsi dengan baik di dalam usus.
 
Apa perbezaan minuman Lactolite ini daripada minuman yogurt biasa?
 
KEUNIKAN NURICH LACTO-LITE
 
# tahan terhadap tindakan asid perut dan garam hempedu
# berupaya hidup dan kekalkan aktiviti meskipun semasa di dalam simpanan
# mempunyai kebolehan yang baik untuk melekat pada sel usus
# mendapat pengiktirafan oleh Food and Drug Administration (FDA) sebagai makanan selamat
# tidak akan menyebabkan kesan kekejangan pada perut atau cirit birit
# TIDAK mengandungi sebarang herba, bahan kimia atau ubatan bersifat julap
 
 
Cara minum Lactolite ni ialah:
Ambil 1 sachet Lactolite, bancuh atau "shake" dengan 200ml air (air sejuk atau jus dsb, asalkan BUKAN air panas)
Lepas bancuh, minum terus! :)
Lepas tu bolehlah makan sarapan pagi....
 
Pesanan Khas:
Digalakkan minum banyak air selepas meminum Lactolite ini ya, selain untuk menggalakkan kesan yang lebih baik ini juga adalah sebab air merupakan keperluan yang sangat penting untuk tubuh kita :)
 
Berapa kerap kena ambil Lactolite ni?
SEKALI sehari sahaja...
Boleh mengambilnya pada waktu pagi, ataupun malam.
 
Apa rasa minuman ni?
Rasa yogurt, ringan sikit :)
Kalau suka, boleh shake dengan jus ke sunquick ke bagi lagi sedap :)
 
 
Dalam satu kotak tu ada berapa sachet?
25 sachet..... cukup untuk pengambilan sebulan.
Contoh, ambil setiap hari Isnin~Sabtu, hari Ahad pulak boleh rehat.. atau pilih hari lain untuk rehat :)
 
Berapa harga?
Sekotak RM158 (WM mahupun EM)
Walau bagaimanapun, saya menawarkan harga yang lebih rendah dari harga tersebut!
RM158
RM152
 
* Anda juga boleh memiliki DUA KOTAK Lactolite pada harga istimewa apabila mendapatkannya dari saya *
 
 
Atau hendak mencuba sahaja?
BOLEH!
Saya menawarkan set percubaan mengandungi 5 sachet
pada harga RM35 (pos adalah percuma)
 
Mudah sahaja
Hubungi saya 017-8078790