Thursday 29 November 2012

Macam mana nak tau saiz PB untuk diri saya?

Assalam....

Biasanya soalan pertama yang akan ditanya oleh para client saya yang hendak memiliki set Premium Beautiful adalah....


"berapa harganya?"


Baiklah, itu memang soalan yang biasa kan. Ini jawapannya ya :)


1. LANGKAH PERTAMA

-First of all, uols kena beri saya saiz yang sesuai kepada saya... Caranya adalah dengan mengambil ukuran tubuh badan yang TERKINI berdasarkan foto cara ambil ukuran di bawah. Ambil ukuran badan anda menggunakan measuring tape seperti tailor pakai tu ok. Bukan dengan memberikan info "saya badan besar", "saya jenis saiz kecik", "saya 38-35-40", atau lain-lainnya. Supaya saya mendapat saiz yang betul daripada anda, barulah dapat menentukan apakah saiz yang berteptn untuk set PB anda. Untuk keselesaan badan dan melihat kesan kesihatan yang baik, anda perlu memakai set yang sesuai buat ukuran anda (ngam-ngam gitu, bak kata orang Sarawak)...

Nanti kalau terlampau ketat/longgar siapa jugak yang susah kan.... Kita mahu pembelian kita adalah berbaloi untuk menghargai tubuh kita yang istimewa ni :)

ATAU;

Anda boleh memilih untuk saya ambil ukuran dan fitting percuma. Manalah tahu, anda tidak mempunyai measuring tape di tempat anda, ataupun anda kurang pasti bagaimana caranya? :)


2. LANGKAH KEDUA
-Selepas saya memperoleh ukuran anda, barulah saiz yang sesuai dapat ditentukan melalui jadual saiz. Ada pengiraan khas perlu dilakukan di sini (tapi jangan bimbang itu bukan kerja anda haha). Setelah itu, saiz long bra+waist nipper+long girdle yang sesuai untuk anda akan dikenalpasti. Ukuran yang anda berikan tadi adalah sebagai tools untuk mengira saiz set anda :)


3. LANGKAH KETIGA
Barulah dari saiz yang telah dikenalpasti kami dapat merujuk harga yang betul untuk anda.... Jadi, jangan lepaskan peluang ya apabila TAWARAN HARGA ISTIMEWA dibuka kerana pada masa itulah anda bakal memperoleh harga diskaun diskaun diskaun berbanding harga asalnya.......


Ok. Sila ambil ukuran anda mengikut foto di bawah, dan hubungi saya! :)

Enjoice.



Wednesday 28 November 2012

Khas untuk ibu yg baru melahirkan!

Panggilan istimewa untuk anda-anda yang istimewa :)


Dengan pembelian satu set Premium Beautiful untuk diri anda, anda layak:

- dapat harga super istimewa (complete 1 set) bagi pembelian cash
- dapat harga rendah (complete 1 set) bagi pembelian ansuran
- hadiah percuma (tak kiralah pembelian tunai atau ansuran)
- konsultasi, guidance dan penghantaran percuma


Bagaimana nak grab special offer ni?
- emel kepada saya details anda, beserta tarikh bersalin anda, dan 1 foto si comel anda....(sebagai bukti anda adalah ibu ibu istimewa yang saya maksudkan)
- nanti saya akan sediakan konsultasi tentang cara ukuran, harga asal dan kemudian harga istimewa yang saya tawarkan kepada anda melalui tawaran ini :)


Cara nak bayar macam mana ya?

Ohh senang saja dear...
Ada pelbagai pilihan anda boleh pilih. Tapi semestinya pembelian yang paling berbaloi adalah melalui pembelian cash sebab anda akan mendapat tawaran yang paling best!

Caranya:

1. Tunai

- melayakkan anda mendapat tawaran teristimewa harga runtuh :)
- jika anda mempunyai nilai tunai yang secukupnya di dalam tangan, pembayaran adalah mudah. Sama ada secara COD (cash-on-delivery) mahupun bank in ke dalam account sebagai pembayaran tunai.
- jika anda berkenan hendak mendapatkan tawaran dengan harga tunai TETAPI malangnya dalam poket modal belum mencukupi, ada cara lain yang lebih mudah.
Caranya adalah dengan mendapatkan cash secukupnya melalui bank menerusi kemudahan RHB-Easy. Sangat mudah; hanya perlu bawa MyKad anda ke Kiosk RHB Easy berdekatan anda, berjumpa dengan pegawai bertugas dan nyatakan jumlah tunai yang anda perlu pinjam. Untuk membayarnya kembali, juga mudah. Bayar kepada bank secara ansuran pada jumlah yang kecil setiap bulan, bergantung berapa lama yang anda mahu....

Bayar set anda kepada saya pada harga istimewa, dapatkan set anda, tapi bayar kemudian secara ansuran...
Mudah kan?

(Ada juga pilihan lain melalui AEON cash kan?)



2. Kad kredit

- Anda juga boleh melakukan pembelian melalui Kad Kredit. Saya akan berikan anda satu borang pembayaran melalui Kad Kredit, anda lengkapkan dan borang itu dihantar ke HQ syarikat, setelah syarikat mendapat pengesahan dari bank barulah potongan pembayaran dibuat.. Kemudian proses penghantaran produk akan dilakukan..


3. Ansuran

- Anda berurusan terus dengan saya, hantar salinan MyKad depan belakang dan isi satu borang  perjanjian.
- Setelah membayar deposit/bayaran pertama, anda sudah boleh menerima set daripada saya dan merasai terus pengalaman berPremium Beautiful.
Nikmati manfaat langsung daripada pemakaian PB sambil melunaskan pembayaran baki jumlah harganya melalui transaksi bank.

Walau bagaimanapun, anda tidak berpeluang menikmati harga istimewa seperti yang ditawarkan pada pembeli tunai :) Namun begitu anda berhak mendapat hadiah percuma juga :)


Jelas, kan?



Tawaran yang super istimewa ini saya buka sehingga 31-12-2012 ya...
Jadi, dapatkan set anda segera!

Emel: annnum80@yahoo.com
ATAU
Sms/whatsapp: 017-8078790

Friday 23 November 2012

Testimonial pengguna Nurich Lactolite

Hi all!


Mari mari mari kita lihat testimonial daripada para pengguna minuman Nurich Lactolite yang telahpun berpuas hati dengan keberkesanan produk makanan selamat ini ya :)



Oh ya.. Sebelum tu jangan lupa tawaran istimewa bulan ini...



Beli

1 kotak pada harga RM152 (harga asal RM158)
mengandungi 25 sachets

- 2 kotak pada harga RM300 (harga asal RM316)
mengandungi 50 sachets

ATAU

- TRIAL PACK pada harga RM35 sahaja
(mengandungi 5 sachet)






SMS/whatsapp me 017-8078790 (anum)




Ok ok, now boleh layan gambar :)



(Foto 1 & 2)
Credit to: http://mohamedariffsamsudin.blogspot.com

(Foto 3)
Credit to: http://azlinaawandanhusain.com






Atasi Masalah Sembelit Anda Cara Enjoy!

Salam Muharam 1433H :)
 
Lama tak bersiaran, maaf ye sebab terdapat masalah teknikal sedikit, sampai blog ni tak dapat dibukak dan di-update :(
 
Baiklah, arini kita sembang sikit je tentang masalah sembelit....
 
 
Anda pernah mengalami masalah sembelit tak?
Atau memang tergolong kategori hari-hari susah nak membuang....
Ke, membuang 3 hari sekali, paling teruk seminggu sekali baru dapat berkumuh....
ATAU
Anda tidak mempunyai masalah dengan jadual/kekerapan membuang, cuma
Hasil buangan TERLALU KERAS?
 
Tsk...tsk...tsk...
Tentu perasaannya sungguh tak best.
Kalau dikurniakan sistem pencernaan yang sihat dan lancar membuang setiap hari,
tentu perasaan tu lebih lapang dan gembira je.
Kenapa tidak?
Sebab, apabila kita membuang secara langsung kita singkir toksin dalam badan...
Kita buang bahan kumuh yang sememangnya perlu dikeluarkan dari tubuh badan....
Dan seperti yang kita tau, jika usus kita bermasalah, tidak sihat,
segala kesannya akan dapat kita lihat dari kulit kita, dan status kesihatan kita....
 
 
Memetik artikel terdapat di laman web Global Healing Center, kesan-kesan yang zahir akibat masalah sembelit antaranya adalah:
# Nafas berbau.
Ini kerana bahan buangan toksik terperangkap di dalam badan, lantas mengeluarkan gas ke dalam rongga perut ~~~> sehingga gas-gas ini naik ke rongga mulut. Sebab itu mulut kita akan mengeluarkan nafas berbau.
# Masalah kulit
Ekoran tahap toksin yang tinggi di dalam kolon (salah satu bahagian usus besar kita).
# Penyakit sistem pencernaan ~~~> keadaan tidak selesa / kesakitan.
Usus Tersumbat.  Dikesan melalui sakit perut dan muntah-muntah.
Cirit-birit
 
 
Bagi yang sedia ada mengalami masalah sembelit, rasa-rasanya salah satu simptom di atas tentu anda alami. Baiklah, terus kepada cara penyelesaian yang boleh kita amalkan untuk mengatasi / melegakan masalah ini adalah:
 
1. Minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Adalah digalakkan untuk mengambil lagi banyak dari kuantiti ini.
2. Makan banyak buah-buahan dan makanan berserat (fiber) tidak dilupakan sayur-sayuran, setiap kali makan jangan lupa tu..
3. Bersenam lebih kerap, untuk menggalakkan peristalsis (pergerakan pada usus) untuk menggalakan proses pembuangan.
4. Pengambilan ubat laxative (julap) sama ada ubat yang dimakan mahupun jenis dimasukkan melalui dubur (suppository).. Terdapat juga herba yang diambil untuk mendapatkan kesan julap demi membantu melawaskan proses membuang...
 
Walau bagaimanapun, anda kini mempunyai pilihan yang lebih mudah dan menyenangkan untuk menggalakkan kesihatan usus anda.
 
 
Mari kita berkenalan dengan

NURICH LACTO-LITE Yogurt Drink

 
Apa istimewanya minuman Lactolite ni ye?
= Lacto-lite ini adalah sejenis minuman serbuk yogurt, dengan menggabungkan kultur hidup dan inulin.
Ia mengandungi kebaikan kedua elemen kultur hidup dan inulin yang menjamin kesihatan sistem penghadaman anda.
Ia juga adalah sinbiotik yang menggabungkan probiotik dan prebiotik, di mana probiotik adalah bakteria baik di dalam usus yang penting untuk kesihatan usus kita, manakala prebiotik pula adalah makanan yang diperlukan oleh probiotik untuk berkembang dan berfungsi dengan baik di dalam usus.
 
Apa perbezaan minuman Lactolite ini daripada minuman yogurt biasa?
 
KEUNIKAN NURICH LACTO-LITE
 
# tahan terhadap tindakan asid perut dan garam hempedu
# berupaya hidup dan kekalkan aktiviti meskipun semasa di dalam simpanan
# mempunyai kebolehan yang baik untuk melekat pada sel usus
# mendapat pengiktirafan oleh Food and Drug Administration (FDA) sebagai makanan selamat
# tidak akan menyebabkan kesan kekejangan pada perut atau cirit birit
# TIDAK mengandungi sebarang herba, bahan kimia atau ubatan bersifat julap
 
 
Cara minum Lactolite ni ialah:
Ambil 1 sachet Lactolite, bancuh atau "shake" dengan 200ml air (air sejuk atau jus dsb, asalkan BUKAN air panas)
Lepas bancuh, minum terus! :)
Lepas tu bolehlah makan sarapan pagi....
 
Pesanan Khas:
Digalakkan minum banyak air selepas meminum Lactolite ini ya, selain untuk menggalakkan kesan yang lebih baik ini juga adalah sebab air merupakan keperluan yang sangat penting untuk tubuh kita :)
 
Berapa kerap kena ambil Lactolite ni?
SEKALI sehari sahaja...
Boleh mengambilnya pada waktu pagi, ataupun malam.
 
Apa rasa minuman ni?
Rasa yogurt, ringan sikit :)
Kalau suka, boleh shake dengan jus ke sunquick ke bagi lagi sedap :)
 
 
Dalam satu kotak tu ada berapa sachet?
25 sachet..... cukup untuk pengambilan sebulan.
Contoh, ambil setiap hari Isnin~Sabtu, hari Ahad pulak boleh rehat.. atau pilih hari lain untuk rehat :)
 
Berapa harga?
Sekotak RM158 (WM mahupun EM)
Walau bagaimanapun, saya menawarkan harga yang lebih rendah dari harga tersebut!
RM158
RM152
 
* Anda juga boleh memiliki DUA KOTAK Lactolite pada harga istimewa apabila mendapatkannya dari saya *
 
 
Atau hendak mencuba sahaja?
BOLEH!
Saya menawarkan set percubaan mengandungi 5 sachet
pada harga RM35 (pos adalah percuma)
 
Mudah sahaja
Hubungi saya 017-8078790